Tuesday 11 October 2011

KITA PAHANG BERGERAK CERGAS

 Pengerusi KITA Cawangan Pahang memberi ucapan aluannya.


 Abang kepada Nik Aziz turut hadir dalam pertemuan baru-baru ini 
mampu meraih sokongan dari masyarakat setempat

Antara tetamu khas dalam majlis berkenaan


Beberapa blog terutamanya yang berpengkalan di Jerantut banyak menulis menegenai parti KITA kebelakangan ini. Walaupun kebanyakan dari blog-blog berkenaan memberikan kenyataan yang tidak benar sama sekali, namun sungguh membanggakan apabila KITA sebagai sebuah parti baru sudah dikenali oleh sebahagian besar rakyat khususnya di Jerantut ini.

Menurut Presiden KITA Cawangan Pahang En. Mohd Nor Jaafar, memang parti KITA banyak mengadakan program dengan mendekatkan Parti kepada masyarakat dengan tujuan untuk memperkenalkan KITA kepada pengundi-pengundi menjelang PRU13 nanti. Beliau juga menolak spekulasi yang dibuat oleh blog WZWH dan Kutukan Dewata bahawa KITA akan meletakkan calon muda di Parlimen Jerantut. 

Sebenarnya KITA akan meletakkan calon disemua kerusi yang difikirkan oleh KITA berpeluang untuk menang dengan meraih undi dari golongan 'atas pagar' ini termasuklah kesemua kerusi-kerusi dalam Parlimen Jerantut. Namun sasaran utama setakat ini adalah di DUN Damak dan DUN Pulau Tawar kerana sebagai calon pilihan ketiga KITA diramalkan mampu membuat kejutan dan menangi kerusi berkenaan.

Beberapa program lain lagi sedang dalam perancangan termasuk juga untuk mengadkan pertemuan dengan pengamal media sosial di Jerantut ini. KITA bercadang untuk mengadakan jamuan minum petang bersama semua blogger dan juga facebookers yang aktif untuk mengadakan perbincangan sambil bertukar pendapat. Ini akan dilakukan dalam masa terdekat dan Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim sudah dihubungi untuk mendapatkan tarikh yang sesuai.

KITA melihat, pengamal media sosial ini juga memberikan memberikan kesan yang besar dalam mempengaruhi pengundi-pengundi dalam PRU akan datang. Terutama sekali di Jerantut ini dimana UMNO sendiri masih tidak menjurus ke arah itu disamping menghadapi berbagai masalah didalam parti yang sering disebarkan didalam media sosial oleh ahli mereka sendiri selama ini.

No comments:

Post a Comment