Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil-Adha




Pengerusi KITA Cawangan Pahang
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha
kepada semua umat Islam
sahabat andai muslimim dan muslimat
seluruh negara
khususnya di negeri Pahang dan Jerantut
semoga kita beroleh
rahmat dan hidayah dari Allah

Saturday 29 October 2011

'HI-TEA BERSAMA ZAID IBRAHIM'




Tuan/puan adalah dijemput hadir ke 'Majlis Hi-Tea Bersama Datuk Zaid Ibrahim' pada 12hb.November 2011 bersamaan hari Sabtu bertempat di Restoran KITA, Jalan Bukit Ubi, Kuantan Pahang. Kehadiran tuan/puan sangat dialu-alukan.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi 019-2845511. Mohon maklumat ini disebarkan juga kepada sahabat-sahabat.

***********

Sukacita dimaklumkan bahawa program diatas terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maaf!


Friday 14 October 2011

PROGRAM KITA PAHANG AKAN DATANG


 Pengerusi KITA Cawangan Pahang


Parti KITA akan terus bergerak aktif menjelang PRU13 akan datang. Beberapa aktiviti sosial juga sedang dirancang antaranya mengendalikan satu seminar mengenai alam sekitar yang dijangka akan diadakan di Taman Negara Kuala Tahan awal bulan depan. Seminar berkenaan akan dihadiri lebih 30 peserta yang terdiri dari NGO yang prihatin terhadap alam sekitar bagi melihat peranan yang dapat dimainkan dalam memastikan alam sekitar tidak terus tercemar dan menangani impak dari kepanasan global yang sudah kita rasakan sekarang ini.

KITA juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan pengamal media sosial, blog facebook dan twitter yang tempatnya sama ada di Jerantut atau pun Temerloh. Kita sangat prihatin terhadap media sosial dan cuba mendekatkan diri dengan para pengundi melalui peranan media sosial.

Gambar hiasan:



 Blogger CMK yang turut hadir dalam pertemuan santai Minum Petang bersama 
Datuk Zaid Ibrahim di Jerantut tidak lama dulu.


 Datuk Zaid dalam ucapan ringkasnya di majlis santai Minum Petang


Datuk Zaid mesra melayan pihak media

 

Tuesday 11 October 2011

KITA PAHANG BERGERAK CERGAS

 Pengerusi KITA Cawangan Pahang memberi ucapan aluannya.


 Abang kepada Nik Aziz turut hadir dalam pertemuan baru-baru ini 
mampu meraih sokongan dari masyarakat setempat

Antara tetamu khas dalam majlis berkenaan


Beberapa blog terutamanya yang berpengkalan di Jerantut banyak menulis menegenai parti KITA kebelakangan ini. Walaupun kebanyakan dari blog-blog berkenaan memberikan kenyataan yang tidak benar sama sekali, namun sungguh membanggakan apabila KITA sebagai sebuah parti baru sudah dikenali oleh sebahagian besar rakyat khususnya di Jerantut ini.

Menurut Presiden KITA Cawangan Pahang En. Mohd Nor Jaafar, memang parti KITA banyak mengadakan program dengan mendekatkan Parti kepada masyarakat dengan tujuan untuk memperkenalkan KITA kepada pengundi-pengundi menjelang PRU13 nanti. Beliau juga menolak spekulasi yang dibuat oleh blog WZWH dan Kutukan Dewata bahawa KITA akan meletakkan calon muda di Parlimen Jerantut. 

Sebenarnya KITA akan meletakkan calon disemua kerusi yang difikirkan oleh KITA berpeluang untuk menang dengan meraih undi dari golongan 'atas pagar' ini termasuklah kesemua kerusi-kerusi dalam Parlimen Jerantut. Namun sasaran utama setakat ini adalah di DUN Damak dan DUN Pulau Tawar kerana sebagai calon pilihan ketiga KITA diramalkan mampu membuat kejutan dan menangi kerusi berkenaan.

Beberapa program lain lagi sedang dalam perancangan termasuk juga untuk mengadkan pertemuan dengan pengamal media sosial di Jerantut ini. KITA bercadang untuk mengadakan jamuan minum petang bersama semua blogger dan juga facebookers yang aktif untuk mengadakan perbincangan sambil bertukar pendapat. Ini akan dilakukan dalam masa terdekat dan Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim sudah dihubungi untuk mendapatkan tarikh yang sesuai.

KITA melihat, pengamal media sosial ini juga memberikan memberikan kesan yang besar dalam mempengaruhi pengundi-pengundi dalam PRU akan datang. Terutama sekali di Jerantut ini dimana UMNO sendiri masih tidak menjurus ke arah itu disamping menghadapi berbagai masalah didalam parti yang sering disebarkan didalam media sosial oleh ahli mereka sendiri selama ini.

Monday 10 October 2011

KITA PAHANG SUDAH DAPAT PERHATIAN


Pengerusi KITA Cawangan Pahang En. Md. Nor Jaafar


Kita telah berjaya mengadakan satu majlis yang dinamakan ' Minum Petang Bersama Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim' pada 6hb. Oktober 2011 jam 3.00 Petang bertempat di Jerantut Hill Resort.

Pertemuan santai itu telah menerima sambutan yang menggalakkan. Berikutan itu, beberapa laman facebook dan blog telah menyiarkan berita mengenai pertemuan tersebut. (Sila rujuk post sebelum ini)

Terbaru, blog WZWH juga menulis mengenainya, yang banyak memberikan spekulasi berkaitan dengan politik setempat khususnya dalam menghadapi PRU13 nanti. Berikut artikel penuh dari blog berkenaan:


Pertandingan 3 Penjuru Parlimen Jerantut PRU 13 Menarik!

Barisan kepimpinan KITA Pahang dan Presiden KITA Zaid Ibrahim. 
WZWH mahu mengingatkan UMNO dan PAS Jerantut jangan pandang enteng parti 'underdog' KITA. Silap-silap perkiraan majoriti 60% pengundi Jerantut yang terdiri dari anak-anak muda Jerantut akan buat perubahan dan kejutan besar dalam PRU 13 nanti.

Parlimen Jerantut PRU 13 sangat menarik kerana diramalkan pertandingan 3 penjuru pasti berlaku antara BN, PAS dan KITA.

Ini disahkan oleh Mohd Nor Jaafar Pengerusi KITA Pahang kepada WZWH  bahawa KITA akan letak calon anak muda tempatan yang berkelulusan tinggi dan sukses karier di Kuala Lumpur.

Buat masa ini KITA Jerantut sedang rancak menjalankan berbagai program dihadiri Presiden KITA Zaid Ibrahim. 

Seperti biasa atas kertas BN melalui UMNO meletakkan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bagi mempertahankan parlimen Jerantut penggal yang ke 4.

PAS menurunkan adik kepada Mohd Nor Jaafar iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut mencabar Tengku Azlan buat kali ke 3.

Pemerhati politik underground Jerantut meramalkan kejutan besar akan berlaku di Parlimen Jerantut kerana calon dari parti 'underdog' akan merampas kerusi parlimen Jerantut.

UMNO dan PAS Jerantut sedang mengalami masalah dan krisis yang buat penyokong kedua parti beralih arah.

Lebih-lebih lagi berita yang tidak dapat disahkan menyatakan kesemua ADUN-ADUN Jerantut sekarang direhatkan kerana memberi peluang kepada muka-muka baru. Hanya Tengku Azlan kekal bertanding di parlimen Jerantut.

YB Dato' Shukri sudah 3 penggal mahu menumpukan perniagaan hospital swasta puluhan juta ringgit. YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit. YB Dato' Lau Lee yang sudah 4 penggal mahu beribadah menumpukan kepada kegiatan agama Buddhanya.

Tinggallah YBM Tengku Azlan sebagai simbol payung menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Jerantut. Namun penyokong fanatik terutamanya penyokong Dr Shukri dan Wan Amizan sudah tentu akan melanggar dan melutu dinding pada PRU 13 ini.

PAS pun menghadapi masalah yang ketara juga. Ikuti posting blog Parlimen 81 yang WZWH CnP....

PAS Jerantut makin parah . Risikan oleh parlimen81 menunjukan 80% cawangan PAS di Jerantut tidak berfungsi . Hanya 3% sahaja yang masih bermesyuarat secara tetap setiap minggu . Cawangan lain hancur . Cawangan di Felda langsung tidak berfungsi . Ada cawangan yang tidak diketahui siapa ajknya . Ada cawangan langsung tiada berduit didalam akaun bank .

Memang PAS Jerantut makin parah . PAS cawangan langsung tidak bersedia untuk berhadapaan dengan pilihanraya yang bila2 masa sahaja akan diumumkan oleh PM Najib .

Ada sumber-sumber risikan bahawa terdapat beberapa cawangan di Felda dalam proses untuk dibubarkan dan kesemua ahli-ahli PAS di situ akan mengistiharkan untuk masuk UMNO dalam masa terdekat ini .

Ini menunjukan bahawa PAS Jerantut makin parah .

Dalam keadaaan PAS dijangka mudah menewaskan UMNO dalam PRU13 nanti sesuatu yang tidak dijangka oleh UMNO telah berlaku dalam PAS yang memudahkan untuk UMNO meneruskan tradisi menang di Parlimen Jerantut .

Namun blogger Parlimen 81 tidak mengetahui bahawa UMNO Jerantut pun sudah mahu retak dan pecah jika sesuatu yang drastik tidak dilakukan oleh pengurusan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Jawatan Setiausaha UMNO Bahagian perlu diisi dengan segera.

Setiausaha UMNO Bahagian perlu dilantik dikalangan ahli UMNO yang berminat dan berkupayaan menjalankan tanggungjawab kerja urusan parti.

UMNO dan PAS Jerantut jangan 'overconfident' silap-silap parti 'underdog' KITA boleh mencuri peluang lebih-lebih lagi pengundi parlimen Jerantut yang seramai 52,000 orang itu 60% adalah terdiri dari pengundi muda yang 'savvy' dengan media baru terdedah dengan berbagai info akses kepada fakta pengetahuan politik tempatan.
4 comments


Dari tulisan diatas jelas menunjukkan bahawa walaupun parti KITA adalah sebuah parti kecil namun kehadirannya dipersada dunia politik tanahair telah membuka mata sesetengah pihak. Tidak mustahil KITA mampu lakukan sedikit kejutan kecil dalam PRU13 nanti.
 

Friday 7 October 2011

KLIP VIDEO UCAPAN KETUA KITA DI JERANTUT




 


Sebahagian dari ucapan Datuk Zaid Ibrahim mengenai keahlian ketika pertemuan santai bersama rakyat di Jerantut petang semalam.

Klik ke blog-blog berkenaan disini;
Pahang Daily Online
Cucu Mat Kilau Online
Suara Prihatin UMNO Jerantut



Thursday 6 October 2011

SANTAI 'MINUM PETANG BERSAMA DATO' ZAID IBRAHIM'


 Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim


Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini bahawa satu program santai, ' Minum Petang Bersama Datuk Zaid Ibrahim telah diadakan pada hari ini (6hb. Oktober 2011, jam 3.00 petang) bertempat di Jerantut Hill Resort.

Majlis berkenaan yang dihadiri hampir seramai 100 orang dari beberapa daerah di Pahang diisikan dengan penerangan dan isu semasa serta majlis dialog dan di akhiri dengan 'Sidang Akhbar'. Rata-rata hadiri berpuas hati dengan segala penerangan mengenai isu semasa khususnya mengenai hala-tuju parti yang dijelaskan oleh Ketua Parti.

Dalam ucapannya, Ketua Parti menjelaskan bahawa bilangan ahli yang ramai bukanlah sasaran parti namun yang dikehendaki adalah ahli parti yang komited terhadap perjuangan parti. Beliau memberikan contoh parti UMNO dan PKR yang sama-sama mendakwa memiliki bilangan ahli parti yang ramai namun gagal memberikan sokongan bahkan ada antara mereka tidak mengundi calon yang parti tetapkan dalam PRU yang lalu.

Beliau juga memberikan contoh parti PKR yang sering tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat kerana keahliannya adalah ahli 'hantu', yang berkemungkinan besar mereka sendiri tidak mengetahui atau tidak merelakan dirinya menjadi ahli parti.

Selain itu, sokongan dan undian 'pengundi atas pagar' yang tidak berparti juga penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon dalam sesuatu PRU. Justeru, tanpa mereka menjadi ahli parti tetapi dapat menyakinkan dan mempengaruhi mereka untuk menyokong dan mengundi, maka seseorang calon atau sesebuah parti walaupun kecil akan tetap mampu memenangi sesuatu kawasan yang ditandingi.

Parti 'Kesejahteraan Insan Tanah Air', ke arah: Moderat, Demokratik dan Liberal.



 Presiden KITA Cawangan Pahang bersama Ketua Parti.


Blogger CMK turut hadir memanaskan dewan


 Ahli KITA Kuala Lipis, Presiden KITA Cawangan Pahang, CMK dan Ketua KITA


Admin.