Thursday 6 October 2011

SANTAI 'MINUM PETANG BERSAMA DATO' ZAID IBRAHIM'


 Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim


Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini bahawa satu program santai, ' Minum Petang Bersama Datuk Zaid Ibrahim telah diadakan pada hari ini (6hb. Oktober 2011, jam 3.00 petang) bertempat di Jerantut Hill Resort.

Majlis berkenaan yang dihadiri hampir seramai 100 orang dari beberapa daerah di Pahang diisikan dengan penerangan dan isu semasa serta majlis dialog dan di akhiri dengan 'Sidang Akhbar'. Rata-rata hadiri berpuas hati dengan segala penerangan mengenai isu semasa khususnya mengenai hala-tuju parti yang dijelaskan oleh Ketua Parti.

Dalam ucapannya, Ketua Parti menjelaskan bahawa bilangan ahli yang ramai bukanlah sasaran parti namun yang dikehendaki adalah ahli parti yang komited terhadap perjuangan parti. Beliau memberikan contoh parti UMNO dan PKR yang sama-sama mendakwa memiliki bilangan ahli parti yang ramai namun gagal memberikan sokongan bahkan ada antara mereka tidak mengundi calon yang parti tetapkan dalam PRU yang lalu.

Beliau juga memberikan contoh parti PKR yang sering tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat kerana keahliannya adalah ahli 'hantu', yang berkemungkinan besar mereka sendiri tidak mengetahui atau tidak merelakan dirinya menjadi ahli parti.

Selain itu, sokongan dan undian 'pengundi atas pagar' yang tidak berparti juga penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon dalam sesuatu PRU. Justeru, tanpa mereka menjadi ahli parti tetapi dapat menyakinkan dan mempengaruhi mereka untuk menyokong dan mengundi, maka seseorang calon atau sesebuah parti walaupun kecil akan tetap mampu memenangi sesuatu kawasan yang ditandingi.

Parti 'Kesejahteraan Insan Tanah Air', ke arah: Moderat, Demokratik dan Liberal.



 Presiden KITA Cawangan Pahang bersama Ketua Parti.


Blogger CMK turut hadir memanaskan dewan


 Ahli KITA Kuala Lipis, Presiden KITA Cawangan Pahang, CMK dan Ketua KITA


Admin.

No comments:

Post a Comment