Kita telah berjaya mengadakan satu majlis yang dinamakan ' Minum Petang Bersama Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim' pada 6hb. Oktober 2011 jam 3.00 Petang bertempat di Jerantut Hill Resort.
Pertemuan santai itu telah menerima sambutan yang menggalakkan. Berikutan itu, beberapa laman facebook dan blog telah menyiarkan berita mengenai pertemuan tersebut. (Sila rujuk post sebelum ini)
Terbaru, blog WZWH juga menulis mengenainya, yang banyak memberikan spekulasi berkaitan dengan politik setempat khususnya dalam menghadapi PRU13 nanti. Berikut artikel penuh dari blog berkenaan:
Barisan
 kepimpinan KITA Pahang dan Presiden KITA Zaid Ibrahim. 
WZWH mahu 
mengingatkan UMNO dan PAS Jerantut jangan pandang enteng parti 
'underdog' KITA. Silap-silap perkiraan majoriti 60% pengundi Jerantut 
yang terdiri dari anak-anak muda Jerantut akan buat perubahan dan 
kejutan besar dalam PRU 13 nanti.
Parlimen Jerantut PRU 13 sangat menarik kerana diramalkan pertandingan 3 penjuru pasti berlaku antara BN, PAS dan KITA.
Ini disahkan oleh Mohd Nor 
Jaafar Pengerusi KITA Pahang kepada WZWH  bahawa KITA akan letak calon 
anak muda tempatan yang berkelulusan tinggi dan sukses karier di Kuala 
Lumpur.
Buat masa ini KITA Jerantut sedang rancak menjalankan berbagai program dihadiri Presiden KITA Zaid Ibrahim. 
Seperti biasa atas kertas BN 
melalui UMNO meletakkan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan 
Abu Bakar bagi mempertahankan parlimen Jerantut penggal yang ke 4.
PAS menurunkan adik kepada Mohd Nor Jaafar iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut mencabar Tengku Azlan buat kali ke 3.
Pemerhati politik underground 
Jerantut meramalkan kejutan besar akan berlaku di Parlimen Jerantut 
kerana calon dari parti 'underdog' akan merampas kerusi parlimen 
Jerantut.
UMNO dan PAS Jerantut sedang mengalami masalah dan krisis yang buat penyokong kedua parti beralih arah.
Lebih-lebih lagi berita yang 
tidak dapat disahkan menyatakan kesemua ADUN-ADUN Jerantut sekarang 
direhatkan kerana memberi peluang kepada muka-muka baru. Hanya Tengku 
Azlan kekal bertanding di parlimen Jerantut.
YB Dato' Shukri sudah 3 penggal 
mahu menumpukan perniagaan hospital swasta puluhan juta ringgit. YB 
Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek 
ratusan juta ringgit. YB Dato' Lau Lee yang sudah 4 penggal mahu 
beribadah menumpukan kepada kegiatan agama Buddhanya.
Tinggallah YBM Tengku Azlan 
sebagai simbol payung menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat 
Jerantut. Namun penyokong fanatik terutamanya penyokong Dr Shukri dan 
Wan Amizan sudah tentu akan melanggar dan melutu dinding pada PRU 13 
ini.
PAS pun menghadapi masalah yang ketara juga. Ikuti posting blog Parlimen 81 yang WZWH CnP.... 
PAS Jerantut makin parah . 
Risikan oleh parlimen81 menunjukan 80% cawangan PAS di Jerantut tidak 
berfungsi . Hanya 3% sahaja yang masih bermesyuarat secara tetap setiap 
minggu . Cawangan lain hancur . Cawangan di Felda langsung tidak 
berfungsi . Ada cawangan yang tidak diketahui siapa ajknya . Ada 
cawangan langsung tiada berduit didalam akaun bank .
Memang PAS Jerantut makin parah .
 PAS cawangan langsung tidak bersedia untuk berhadapaan dengan 
pilihanraya yang bila2 masa sahaja akan diumumkan oleh PM Najib .
Ada sumber-sumber risikan bahawa
 terdapat beberapa cawangan di Felda dalam proses untuk dibubarkan dan 
kesemua ahli-ahli PAS di situ akan mengistiharkan untuk masuk UMNO dalam
 masa terdekat ini .
Ini menunjukan bahawa PAS Jerantut makin parah .
Dalam keadaaan PAS dijangka 
mudah menewaskan UMNO dalam PRU13 nanti sesuatu yang tidak dijangka oleh
 UMNO telah berlaku dalam PAS yang memudahkan untuk UMNO meneruskan 
tradisi menang di Parlimen Jerantut .
Namun blogger Parlimen 81 tidak 
mengetahui bahawa UMNO Jerantut pun sudah mahu retak dan pecah jika 
sesuatu yang drastik tidak dilakukan oleh pengurusan kepimpinan UMNO 
Bahagian Jerantut. Jawatan Setiausaha UMNO Bahagian perlu diisi dengan 
segera.
Setiausaha UMNO Bahagian perlu 
dilantik dikalangan ahli UMNO yang berminat dan berkupayaan menjalankan 
tanggungjawab kerja urusan parti.
UMNO dan PAS Jerantut jangan 
'overconfident' silap-silap parti 'underdog' KITA boleh mencuri peluang 
lebih-lebih lagi pengundi parlimen Jerantut yang seramai 52,000 orang 
itu 60% adalah terdiri dari pengundi muda yang 'savvy' dengan media baru
 terdedah dengan berbagai info akses kepada fakta pengetahuan politik 
tempatan.