Pengerusi KITA Cawangan Pahang
Parti KITA akan terus bergerak aktif menjelang PRU13 akan datang. Beberapa aktiviti sosial juga sedang dirancang antaranya mengendalikan satu seminar mengenai alam sekitar yang dijangka akan diadakan di Taman Negara Kuala Tahan awal bulan depan. Seminar berkenaan akan dihadiri lebih 30 peserta yang terdiri dari NGO yang prihatin terhadap alam sekitar bagi melihat peranan yang dapat dimainkan dalam memastikan alam sekitar tidak terus tercemar dan menangani impak dari kepanasan global yang sudah kita rasakan sekarang ini.
KITA juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan pengamal media sosial, blog facebook dan twitter yang tempatnya sama ada di Jerantut atau pun Temerloh. Kita sangat prihatin terhadap media sosial dan cuba mendekatkan diri dengan para pengundi melalui peranan media sosial.
Gambar hiasan:
Blogger CMK yang turut hadir dalam pertemuan santai Minum Petang bersama
Datuk Zaid Ibrahim di Jerantut tidak lama dulu.
Datuk Zaid dalam ucapan ringkasnya di majlis santai Minum Petang
Datuk Zaid mesra melayan pihak media
Blogger Daerah Jerantut di jemput hadir :
ReplyDeleteBiro Media Baru Jerantut yang diketuai Sdr. Mustaffa bin Mat Arof menjemput semua penulis-penulis maya (blogger, Facebooker dan Twitter) hadir ke Majlis Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut. Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Oktober 2011 jam 4.00 petang di Rest House Jerantut.
**** Tuan, mohon jemput dan sebarkan kepada sahabat-sahabat penulis maya Jerantut untuk hadir ke majlis tersebut.